RockYou FXText

Wednesday, September 10, 2008

WAKTU KECILKU

Aku dilahirkan di HUKM pada pukul 1.30. a.m. pada 31.Januari.1990. Waktu yang cukup mengembirakan ibu bapa ku ketika itu. Seruan azzan dan iqamah berkumandang di telinga ku.. Ketika di sekolah rendah, aku melalui pelbagai ujian yang mmg mnguji tahap kesabaran aku sendiri. Waktu petang pula, aku ke sekolah agama yang berdekatan. Agak memenatkan jugak tetapi aku xkesah kerana..brjumpa dgn sahabat handai dan menuntut ilmu itu lgi penting.. Ada kisah lucu ketika itu.. Aku pernah menjadi orang tengah ketika itu utk kwn ku serta kekasihnya. Macam budak sengal jugak aku rse waktu itu. Macam posmen yang menghantar surat. Waktu itu,kawan aku ada masalah peribadi dengan kekasihnya. Dia menyuruh aku macam2 utk membantu dia selain aku juga berusaha untuk memujuk kekasihnya.


Seperti yang aku tidak menjangka,hubungan mereka tidak bertahan lama. Aku juga telah usaha setakat yang aku mampu untuk menyelamatkan hubungan diorang. Tapi ape kan daya,takdir tuhan. Kekasihnya bertukar arah kepada aku. Aku rase tidak percaya kerana dalam diam aku juga menyimpan perasaaan padanya. Akhirnya kami menjadi pasangan cinta monyet kita itu. Kami bergurau senda ketika di dalam kelas. Memang agak kelaka jugak kerana die suka senyum. Mungkin itu adalah salah satu daya tarikan diri dia. Ketika hendak tamat persekolahan, rezeki aku untuk bergelar pengawas telah hadir. Aku tidak menolak surat perlantikan dari ustazah yan siap berbalut dengan sampul surat. Aku bersyukur...



P/S: cerita ini merangkumi kehidupan ku wktu kecil termsuk ketika bersekolah rendah. terlalu banyak hendak aku ceritakan,jadi.. aku hanya meringkaskannya..TERIMA KASIH.

BY-MR.CHOCO

No comments: