Tanggal 16 march 2007. Aku telah dipilih dengan bangganya menjadi pelatih plkn siri 5 kumpulan 2 bertempat di Kem Bakau Resort Kerteh,Terengganu. Mula2 aku agak keberatan jugak nk pergi. Rasa mcm xbest pon ada. Lagi2 dengan macam2 perkara berlaku. Tapi aku tabahkan jugak,akhirnya aku pergi menyahut seruan kerajaan. Tibanya aku disana,aku memang layak diberi gelaran rusa masuk kampung.Sebab itu pertama kali aku tengok keadaan disana dan pertama kali berjauhan dengan keluarga selama 3 bulan. Agak kekok juga waktu tu,tpi rakan2 ku yg lain ramah dan sudi tunjuk ajar,jdi tahap keMALUan aku tu,dapat terkawal..wakakka!! XD.hurmm..Waktu berada disana pertama kali,aku sudah bermimpi smbil berkata.."bila la nak balik ni?".padahal baru je 1 hari kat sana da fikir nak balik..huhuhuu..sengal je.
Hari demi hari,masa pon terus berlalu..aku akhirnya dapat jugak sesuaikan diri ketika disana..dapat kwn yg baik2 serta ramah dari pelbgai bangsa dan agama dan berlainan negeri. Aku waktu itu agak ramah la jgk..dan tanpa segan silu offerkan diri menjadi imam dan bilal kat sana.mmg seronok wehh!!..Aku juga berpeluang memegang senjata M16. bak kata tentera yang tunjuk ajar aku tu,die berkata pada aku dan rakan2 yg lain.."selepas ini..,bila anda semua kembali ke rumah negeri masing2,jika ada event yang diberi peluang utk memegang senjata itu, anda tidak perlu berebut lagi..dan bleh la berkata seperti ini."aku sudah merasa dan pegang senjata ini,aku da xheran dah". hahahaa!! aku setuju. Aku juga berpeluang menaiki kapal polis marin..mmg canggih.
Aku juga penah diberi tugas untuk berkawal bersama2 rakan yang lain waktu tengah malam. Memang agak seronok ktika itu..kebetulan belakang asrama kami adalah kubur lama..hehehee...kami harap dapat la jumpe tetamu "istimewa" itu.huhuhu.konon2 jela..jumpa btol2,nayo den!! XD.Lagi 1..penggunaan hp xleh slalu kat sana. hampeh tol! tpi xpe.. dpt hp mlm jumaat,pulang hp malam ahad..best2! XD. menurut jurulatih aku, kem sana merupakan ke 5 terbaik di malaysia..kerana kem kami lebih baik dari kem2 lain..lebih2 lgi infrastruktur nyer..memang memuaskan..Kebetulan tempat latihan berhalangan kami ditepi pantai kawasan yang agak redup jugak..wawaawawa!!!XD Aku juga penah diusung oleh rakan2 ke padang kawad..gara2 kelewatan aku beratur..agak malu jugak ketika itu..siot jek! kene usung depan awek2 cun yg tak thu aku gmbarkan..wakaka!! XD. Aku dimarahi la oleh jurulatih tua tu.sabar jek..selepas je beratur, ape lagi..aku tak berani nk kuar asrama bila budak2 perempuan melintasi asrama lelaki..hampes tol! saham aku telah jatuh..isk3.=(..
Tibalah hari terakhir..malam itu kami buat persembahan kebudayaan..mmg best! aku jugak berlakon..konon2 tnjolkan bakat..hehehe...lepas je berlakon,aku terlibat dengan company(charlie) aku.. kami berdikir barat..bersama2 ustaz..wahahaha!! ape lagi,bersemangat la kami...ade jugak peminat dikir barat ketika itu..bagus jugak aku diletakkan di barisan hadapan..leh jugak aku enter frame..masa bergambar sperti artis tengah buat show..huhuhuh!..Tapi,yang aku xboleh lupa ialah.melihat perempuan2 gedixx..aku mmg anti perempuan mcm 2..ntah pape! ada ke..time mnum malam kat kantin..siap berpakaian tido itu boleh diterima.ini tidak,dibawanya teddy bear dia 2..eeeee!meluat aku tengok..rasa nak je aku baling selipar ku yang cantik ini ke muka dia..
Keesokan harinya,waktu kami berpisah dengan rakan2 yang telah aku anggap bagai keluarga aku sendiri. Memang sedih..betol kata cikgu2 kat sana..kami datang ke sini dengan tangisan...dan kami pulang juga dengan tangisan..nasib baik la aku pandai cover kesedihan aku itu.. apa2 pon, datang sana mmg telah banyak aku mengubah sikap diri aku..yang dulu pendiam,sekarang menjadi terlebih peramah pulak..,sporting habis, kuat bergurau, dan aku sudah jarang pkai hp..huhuhuhu..=] best woo pergi sana! rse mcm xnk balik je.. nak tambah lgi 3 bulan la pulak..hahahahah!!! XD
P/S: klau korang dapat tawaran pergi plkn,terima lah..memang rugi kalau xpergi.. orang yang xdpt pon buat rayuan hendak pergi..pkir2kanlah yerk!? XP.. pergi sana mmg enjoy habis!!! majulah plkn utk negara! SATU HASRAT,SATU SEMANGAT,SATU TEKAD. KHIDMAT NEGARA TANGGUNG JAWAB BERSAMA!!!!!XD.
BY MR.CHOCO
Wednesday, September 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment