RockYou FXText

Friday, September 19, 2008

Petua Untuk Si Gadis

.Terlalu Lama Berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi
kembang. Liang vagina sentiasa basah.

2. Terlalu Lama Duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi
penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu Lama Berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi
tidak teratur dan tidak menentu masanya.

4. Terlalu Lama Melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor
dari kebiasaannya.

5. Terlalu Banyak Tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh.
Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah
dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu Riang / Gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada
liang vagina.

7. Terlalu Kerap Marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu Banyak Berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.
Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau
tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu Banyak Bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu Merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu Takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh
mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu Kerap Terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala
kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang
terlebih.

13. Terlalu Banyak Makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan,
malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak
'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan
liang vagina)

14. Terlalu Banyak Minum Minuman Berais - merosakkan otot & lambung. Badan
dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit
& tidak kelihatan awet muda

15. Terlalu Banyak Masa Lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang
terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai
penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif ..

No comments: